Kisah Dalam Tandas









Kisah Dalam Tandas

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apa lagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.

Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara, “Haa, camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”.

Kemudian suara tu bertanya lagi, “Kau nak gi mana ni??” Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit” Lepas suara tu bertanya lagi, “Bila kau nak gerak ni??”. Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”. Kemudian aku terdengar lagi suara orang sebelah tu berkata “Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat  bodoh sebelah aku ni asyik jawab jer!!!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.