Lawak Isteri Bersalin





Lawak Isteri Bersalin

Mengandung
Mengandung

ketika berada di sebuah hospital besar, Rizal adalah salah seorang dari beribu-ribu orang yang ke hospital tersebut kerana isterinya baru sahaja melahirkan anaknya yang pertama. Ketika Rizal sedang melamun di depan dewan bersalin tiba-tiba Rizal melihat seorang lelaki dengan tergesa-gesa dan terburu-buru meluru masuk ke dewan bersalin,dan beberapa ketika kemudian Rizal ternampak lelaki itu keluar ditolak dengan kurusi roda oleh seorang jururawat kerana pengsan. Rizal hairan melihat lelaki tersebut. Kerana ingin mengetahui apa yang terjadi, Rizal terus berjumpa dengan jururawat yang ada di dewan bersalin. Rizal bertanya,Misi,boleh saya tahu kenapa dengan lelaki yang baru datang tadi dan mengapa tiba-tiba dia pengsan? dengan tenang jururawat itu menjawab,Oh. Dia terburu-buru datang kesini kerana isterinya sudah hendak bersalin, tetapi dia terlupa sesuatu, Lupa apa, cik Misi? tanya Rizal lagi. Dia lupa membawa isterinya kesini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.