Setiap yang bernyawa akan merasai mati





jenazah
jenazah

balik dari kursus semalam aku dikejutkan dengan pemergian ayah kepada maksu ku yang tinggal berdekatan dengan rumahku.. tak disangka arwah yang manis senyumannya dan sihat sewaktu bertemu beberapa bulan lepas telah pergi meninggalkan semua yang tersayang..

..Al – Fatihah..

Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.

Maksud Firman Allah s.w.t :
Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat.”
( Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
“Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun.”
(Surah al-A’raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah ‘Azza wa Jalla apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha maka ia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu maka ia akan mendapat kemurkaan dari Allah.”

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.