Cara atasi kulit berminyak





orang minyak
orang minyak

Cara atasi kulit berminyak

Ramai di antara anda yang tidak suka dengan kulit wajah berminyak, malah ada yang tidak yakin atau selesa jika kulit wajah berminyak.

Kulit muka berminyak berpunca hasil pengeluaran daripada sebum iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semula jadi pada kulit. Cara pemakanan juga adalah penyumbang kepada kulit wajah berminyak.

Jarang membasuh juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kulit wajah anda berminyak. Oleh itu kami ingin berkongsi dengan anda semua tips untuk mengatasi masalah kulit wajah berminyak dengan menggunakan putih telur dan tomato;

Putih telur
Asingkan putih telur dan kuning telur. Ambil putih telur dan kacau sehingga putih telur mengeluarkan buih. Kemudian sapukan putih telur tersebut pada seluruh wajah anda dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Akhir sekali, bilas dan keringkan.

Tomato
Kisarkan buah tomato, kemudian sapukan tomato yang dikisar tadi ke seluruh wajah anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Akhir sekali bilas dan keringkan.

Untuk pengetahuan anda, tomato juga boleh mengurangkan jerawat, masalah berminyak dan sel kulit mati pada wajah anda.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah kulit wajah berminyak. Selamat mencuba!

sumber : Yahoo

info tentang jerawat

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.