Hukum kongsi makanan dengan orang bukan Islam





menu orang gemuk
menu orang gemuk

Hukum kongsi makanan dengan orang bukan Islam

Soalan
Asalamualaikum ~ Kadang kala di sekolah ada kawan2 saya (bukan islam) yang berkongsi makanan atau pun minuman , dan menyebabkan air liur mereka ada di makanan atau straw saya ? Masih bolehkah saya untuk makan makanan atau minuman tersebut ? Apakah hukumnya ? Mohon penjelasan panel ….. terima kasih ….

Jawapan
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, hukum makanan tersebut adalah masih halal. Manusia tidak dihukumkan najis dengan syarat tidak terdapat pada air liurnya sebarang kesan-kesan najis seperti saki baki makanan yang bercampur najis atau sebagainya.
Ringkasnya, anda masih boleh berkongsi makanan dengan mereka dengan syarat sebelum itu (makan) mereka masih tidak mengambil lagi makanan yang terdapat di dalamnya benda-benda yang dihukumkan najis di dalam Islam.
Semoga dengan amalan berkongsi makanan seperti ini dapat membuatkan mereka menyedari bahawa agama Islam ini bersikap mesra orang bukan Islam. Wallahu ‘alam.

Sumber : Islam.gov

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.