10 Faktor Andalusia





romantik
romantik

10 Faktor Andalusia

sesiapa saja memerlukan masa dan ruang untuk menyendiri sebaik putus dengan bekas kekasih hati. Namun, janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk mencari pengganti, takut-takut ada yang bergelar andalusia nanti. tapi apa sebabnya ada sebilangan wanita ‘terlajak’ :

10 Sebab/Faktor Andalusia

1. Terlalu komited dengan kerja sehinggakan diri sendiri lupa hendak mencari pengganti.
2. Kekurangan calon yang boleh dijadikan sebagai suami.
3. Fobia atau mungkin mempunyai sejarah hitam dengan kaum lelaki.
4. Memikul bebanan dan tanggungjawab yang berat seperti terpaksa menyara keluarga atau adik beradik yang masih bersekolah.(selalunya terjadi pada anak sulong.)
5. Terlalu selesa dengan kehidupan solo sehinggakan terlupa untuk berpasangan.
6. Mempunyai masalah psikologi seperti masalah dengan komitmen atau mempunyai krisis yang sukar untuk difahami.
7. Rasa rendah diri yang teramat rendah hingga menyebabkan dirinya sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.
8. Mempunyai perangan yang menjengkelkan lelaki sehingga tak ada seorang pun yang sanggup mendekatkan diri.
9. Terlalu memilih dan ‘high demand’ dalam mencari calon suami dan suka berprasangka terhadap seseorang.
10. Cenderung kepada cinta sejenis (Lesbian).

Sumber : HMetro 9 Julai 13

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.