10 Tips Ketika Sakit





awek nurse

10 Tips Ketika Sakit

“Sesungguhnya hamba-Mu ini redha dengan sakit yang diberikan ini Ya Allah, kerana ia adalah satu rahmat unutk menguji umat-Mu.”

Sakit adalah penyuci dosa, kita berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada yang Maha Esa.

10 Tips Ketika Sakit

1. Makan Ubat
– Sudah semestinya sakit perlu makan ubat, jangan takut makan ubat kalau sudah mengetahui yang diri sendiri sakit.

2. Air
– Minum air atau basahkan muka dengan air, lagi bagus ambil air sembahyang bagi yang beragama islam atau cukup sekadar kulit bersentuhan dengan air.
– Air ini sifatnya sebagai penenang, kalau kita melihat orang yang terperanjat, terkejut atau sedang trauma bagilah mereka minum air untuk menenangkan mereka. Begitu juga air boleh menenangkan perasaan orang yang sedang marah. Orang yang pitam atau pengsan turut boleh dipulihkan dengan merenjis atau menyapu air pada bahagian muka mereka begitu juga ramai para pengamal perubatan islam yang menggunakan air sebagai salah satu kaedah rawatan mereka.

3. Senyum
– Cuba senyum ketika anda sakit kalau boleh, senyum dihadapan cermin. Lihatlah muka anda ketika sakit, cuba senyum dan memberi motivasi kepada diri sendiri walaupun terasa sakit yang teramat sangat. Memanglah nampak macam perlakuan orang gila bila orang yang sedang sakit tiba-tiba senyum tapi cuba praktikkan, anda akan rasa perbezaannya jika anda senyum ketika sakit berbanding anda berkerut dahi dan bermasam muka menahan sakit. Kalau kita tidak senyum sakit itu tetap sama, jadi apa salahnya kalau kita senyum nescaya sakit itu akan berasa lega sedikit, juga senyuman itu satu sedekah tidak perlu keluar duit hanya menggunakan otot-otot pada pipi sambil dapat pahala lagi.

4. Sentuhan Penawar
– Sentuhan dari tangan anda sendiri atau tangan orang lain. Apa yang anda lakukan jika anda berasa sakit atau berlaku kecederaan pada anggota badan anda ? Sudah tentu anda akan memegang bahagian yang sakit bukan ? Tahukan anda bahawa tindakan yang anda lakukan itu adalah secara automatik. Perbuatan memegang tempat yang sakit itu sebenarnya dapat membantu sistem badan anda untuk melegakan rasa kesakitan, sentuhan yang anda lakukan misalnya ketika anda pening kepada dengan memegang kepala anda, sebenarnya telah membantu meringankan rasa kesakitan tersebut. Untuk lebih berkesan lagi, sertakan sekali sentuhan tersebut dengan doa atau ayat-ayat yang bersifat untuk memulihkan seperti ayat-ayat syifa’ atau ruqyah.

‘Pegang tangan seseorang’
– Sentuhan tangan dan mendekatkan tangan dikawasan yang sakit sama ada pada diri sendiri atau pada orang lain dapat membantu melegakan sakit, malah boleh juga menyembuhkan penyakit. Sentuhan dari tangan seorang ibu. Tangan ibu anda mempunyai kuasa penyembut yang teramat mujarab yang anda tidak pernah tahu kecuali bila anda sakit kalau tidak percaya cuba anda praktikkan kadang-kala sakit akan hilang serta-merta sebaik sahaja si ibu menyentuh tubuh badan anda (contoh; sakit perut, pening kepala atau demam) bagi sesiapa yang sudah kehilangan ibu atau ibu berada jauh di kampung, bolehlah pegang tangan orang yang ada disekeliling anda, suami boleh pegang tangan isteri, begitu juga sebaliknya.

Tangan kanak-kanak yang belum akil baligh (umur 7tahun ke bawah) juga boleh dipegang. Jangan sesekali memandang rendah kuasa sentuhan kanak-kanak kerana mereka juga mempunyai aura penyembuh. Para suami yang berada di luar sana, rajin-rajinlah peluk dan mencium isteri anda. Lakukan perkara ini setiap hari supaya anda dan isteri selalu sihat dan ceria kerana anda mempunyai sentuhan yang amat ajaib.

5. SMS @ Telefon
– Kirimlah sms ataupun hubungilah mereka yang anda rasa boleh jadi tempat untuk mengadu dengan tujuan untuk memberi semangat pada diri sendiri. Jangan biarkan diri anda menanggung sakit bersendirian, cuba cari teman yang boleh berkongsi sakit dengan anda. Pastikan orang yang dijadikan tempat anda mengadu itu betul-betul faham dengan masalah anda dan faham dengan penyakit yang anda hidapi jika tidak anda akan dianggap sebagai seorang yang mengada-ngada atau manja jika tersalah memilih tempat mengadu, situasi ini akan menyebabkan moral dan semangat anda terus menjunam (down).

6. Fikirkan sesuatu yang menyeronokkan atau yang positif
– Jangan sesekali terfikir untuk mati kerana ia akan menyebabkan anda bertambah sakit, baik dari segi mental mahupun fizikal, mati bukanlah ditentukan oleh manusia. Cuba untuk kuasai sakit tersebut bukan sakit yang menguasai diri anda, jangan sesekali mengeluh atau memberontak kerana ia bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah menambahkan lagi penderitaan anda, motivasikan diri anda sendiri.

7. Alihkan Perhatian
– Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada terus mengingati sakit yang anda sedang tanggung ketika itu, contohnya: membaca Al-Quran dan buku-buku agama atau ilmiah, menulis blog, melayari facebook, bermain playstation, melayan haiwan peliharaan dan sebagainya. jika anda sakit berbaring, cuba gerakkan anggota badan anda dengan menggerak-gerakkan anggota badan (seperti mengoyangkan kaki atau anak-anak jari) jika tidak mampu bergerak, cuba kelip-kelipkan mata atau buatlah apa sahaja yang anda mampu asalkan perhatian anda beralih ke tempat lain bukan kepada sakit yang sedang anda tanggung ketika itu.

8. Bersabar
– Perkara yang lazim diucapkan apabila melawat orang yang sedang sakit. “Sabar, Bersabarlah Borhan Insyallah esok lusa, eloklah sakit kau tuh” kata Ali.

9. Berzikir
– Sentiasa berzikir, juka tidak dapat gunakan lidah, boleh gunakan hati berzikir samada dalam keadaan masa tengah berdiri, duduk atau baring.

10. Berdoa
– Merupakan senjata utama orang mukmin. Bila masa tengah sakit cuba berdoa jika tidak dapat menadah tangan berdoa, bolehlah berdoa di dalam hati.
Doa Melegakan Kesakitan – “Ya Allah, Aku berlindung dengan keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.”

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.