Gambar Bas Jatuh Gaung di Jalan Genting Highlands





bas jatuh gaung

GENTING HIGHLANDS 21 Ogos – Sebanyak 37 orang maut apabila sebuah bas ulang-alik Genting Highlands yang membawa 53 penumpang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter sewaktu menuruni pusat peranginan itu di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands- Kuala Lumpur hari ini.

Nahas terburuk dalam sejarah kemalangan negara itu berlaku kira-kira pukul 2.24 petang ketika bas dipandu Lim Kok Ho, 44, yang turut maut, menuruni puncak Genting Highlands ketika hujan renyai-renyai menuju ke ibu negara.

Selain 37 mangsa yang terkorban, 16 lagi penumpang cedera parah dan mereka dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong.

bas jatuh gaung genting

bas dalam gaung genting highlands

genting highlands

Alfatihah untuk mereka yang telah pergi dan doakan mereka yang terselamat agar dalam keadaan yang baik.. takziah untuk ahli keluarga yang terlibat..

Sumber : Utusan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.