Isteri Mat Yo Mohon Maaf









kartun awek

Isteri Mat Yo Mohon Maaf Insiden Video Pergaduhan dengan Pengawal Keselamatan

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: “Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Sumber : Bharian

kita hanya memerhati video hanya Allah yang Maha Mengetahui.. better tunggu dan lihat sebelum menghukum..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.