Tips Jaga Kecantikan Kulit





awek nurse
awek nurse

Tips Jaga Kecantikan Kulit

Penggunaan bahan semula jadi antara produk terbaik bagi memastikan kesihatan kulit sentiasa terpelihara. Sama ada kulit wajah atau badan, amat penting untuk memberi keutamaan kepada proses penjagaan dan kebersihannya. Berikut beberapa panduan untuk menjaga kecantikan kulit tanpa perlu menjadikan bahan kimia sebagai bahan utama rejim harian kecantikan kulit. Antaranya :

Tomato
– Tomato boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Cara penggunaannya mudah iaitu memarut tomato, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit kemudian bersihkan menggunakan air suam. Amalkan setiap hari untuk hasil yang lebih memuaskan.

Serbuk Kulit kayu manis dan bedak sejuk
– Serbuk kulit kayu manis dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air untuk menghilangkan jerawat. Sapu campuran itu pada muka sebelum tidur dan jika amalkan, jerawat akan hilang dan muka kelihatan lebih licin berseri.

Kulit pisang
– Bagi menghilangkan parut, cuba gunakan kulit pisang emas. Sapukan kulit pisang pada bekas parut yang kelihatan dan lakukan setiap hari hingga kesan terbabit hilang.

Madu dan serbuk kayu manis
– Untuk menghasilkan masker ringkas bagi mengatasi masalah jerawat, bahannya amat ringkas iaitu tiga sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Gaulkan madu bersama serbuk kayu manis hingga sebati dan sapukan pada wajah sebelum tidur. Keesokan harinya basuh muka menggunakan air suam. Amalkan setiap hari selama dua minggu, kesannya jerawat hilang dan kulit wajah menjadi lebih mulus dan licin.

Beras, kunyit dan daun cekur
– Ambil semangkuk beras, 3 sentimeter kunyit serta 5 helai daun cekur. Tumbuk hingga 3/4 hancur. Untuk menggunakannya, basahkan badan kemudian sapukan bahan tumbuk itu ke seluruh badan. Biar seketika hingga separuh kering. Gosok badan yang dilumur dengan bahan tadi hingga tertanggal semua daki dan sel mati.

Daun pandan
– Ambil daun pandan kemudian kisar halus. Jangan buang hampasnya sebaliknya gunakan bahan berkenaan untuk dijadikan alat menggosok badan. Campur air pandan bersama air mandi dalam tab mandi. Berendam dalam air pandan sambil menggosok seluruh badan.

Sumber : HMetro 5 Sept 2013

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.