Tersilap Ayah di Downtown Cheras





downtown cheras
downtown cheras

sabtu lepas birthday ayah tapi terpaksa kerja.. so ambil kesempatan sambut pada waktu malam selepas balik kerja. balik kerja terus singgah kfc beli untuk makan ramai² tapi time tuh ada orang datang rumah.. so terpaksa tinggalkan kfc dalam kereta coz beli cukup untuk family ja tak sangka ada tetamu..

lepas tetamu balik ja terus keluarkan KFC dari kereta cepat² susun atas meja. bukan main laju lagi hidang nampak sangat kelaparan menunggu tapi takpa la.. tetamu harus dilayan..

habis makan kfc layan tv sat then teringat nak pergi downtown cheras nak shopping seluar sukan untuk pakai di tempat kerja.. bila sampai ja kereta berderet mcam tempat borong kereta da.. nasib time kitaorang sampai ada kereta keluar so dekat jela parking dengan downtown cheras..

tengah sesedap shopping tetiba ada sorang budak dalam 3thn lalu sebelah aku dan panggil ayah siap hulur tangan lagi suruh aku sambut.. so aku pun layan jela nak sambut tangan dia.. tetiba budak tuh pelik terus tarik tangan dia.. aku gelak je tengok telatah budak tuh.. haaa adik salah orang tegur ku… mak dia yang berjalan depan aku tengok ja anak dia.. hihih mak dia ckap adik cari siapa ? hahaha..

aku dan family serta mak dan ayah budak tuh pakat gelak sama².. hahaha sabor jela..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.