Cara Mendaftar Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan





Cara Mendaftar Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan
Cara Mendaftar Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan

Cara Mendaftar Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan – PENGENALAN  – Tatacara Penggunaan Sistem ini adalah sebagai panduan kepada pengguna semasa menggunakan Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan.

2. PERISIAN YANG DIPERLUKAN
Web browser seperti Mozilla FireFox / Google Chrome / Internet Explorer
(version 9 dan ke bawah) adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan
Laporan.

Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan,
perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan..

3. CAPAIAN KE SISTEM
Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web
rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk
mengakses, klik pautan bergambar yang bertajuk “e-Penyata Gaji & Laporan
yang tertera di laman web utama seperti berikut:

Isi Maklumat dan klik Daftar Masuk dan sekiranya kali pertama :

PENDAFTARAN KALI PERTAMA
Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda
diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru
“Pertama Kali Mendaftar”.

Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik
butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
Pendaftaran anda adalah berjaya sekiranya No.Kad Pengenalan/No Pasport/Kod
Pengenalan Lain dan No.Gaji yang dimasukkan adalah sah dalam sistem.

Untuk mendapatkan No. Gaji, Pihak tuan/puan dipohon menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat pihak tuan/puan bertugas.

–> Pendaftaran Kali Pertama e-Penyata Gaji <–

–> Cara Mendaftar e-Penyata Gaji <–

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.