Bacaan Imam Membuatkan Aku Terasa Kerdil





solat berjemaah
solat berjemaah

Bacaan Imam Membuatkan Aku Terasa Kerdil – petang tadi ada member lama singgah tempat kerja.. berborak sehingga waktu rehat.. lepas minum waktu rehat kitaorang pergi solat di surau tempat kerja.. dan disitu ada seseorang sudah menanti untuk solat..

bila masuk dalam surau terus diajaknya untuk solat berjemaah. umurnya dalam lingkungan 25-27 tak tua sangat tak muda sangat.. tapi muka ada manis² gitu.. terus aku qamat dan beliau menjadi imam maghrib.. bila beliau membaca surah al-fatihah terasa sejuk ja hati ini dan surah yang dibacanya sebutan satu persatu memang tangkap masuk ke telinga.. sedap sungguh bacaannya.. jadi kusyuk mendengar beliau membaca surah..

bila habis solat beliau sambung dengan doa dan time berdoa itulah terasa kerdilnya aku ini berbanding beliau.. betapa baiknya bacaan beliau.. dengan doa-doanya… alahai.. mungkin banyak lagi yang aku perlu belajar..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.