Tips Bercuti di Cameron Highlands





cameron highlands
cameron highlands

Tips Bercuti di Cameron Highlands – sambungan bercuti di kampung.. pelan nak ke langkawi terpaksa dibatalkan kerana abang tak dapat balik sama bercuti kerana ada kursus menembak so kitaorang pelan nak balik kuala lumpur awal sedikit memandangkan tak semua family ada bersama..

sebelum balik ke kuala lumpur singgah di rumah kawan baik emak yang berada di taiping.. disanalah bermulanya drama adik yang mengadu boring tak dapat ke langkawi dan membawa pelan ke pulau pangkor atau ke cameron highlands dan akhirnya dalam perjalanan balik kuala lumpur terjumpa signboard cameron highlands.. nak tak nak ayah terpaksa melencongkan kenderaan menuju ke cameron highlands bila emak dah beri kelulusan untuk sambung bercuti.. hik hik hik..

abgferoz cameron lavender
abgferoz cameron lavender

firsttime naik cameron highlands ni memang memeningkan kepala.. dengan taktau jalan.. dengan jalan berliku memang agak payah sikit.. tapi alhamdulillah kitaorang jumpa jalan setelah beberapa kali bertanya.. hehehe..

strawberry cameron
strawberry cameron

sedikit tips bercuti di cameron highlands untuk dikongsikan kepada pembaca yang baru nak naik cameron highlands.. sekiranya anda nak bergambar cameron lavender adalah tempat yang menarik dengan caj RM5 anda boleh bergambar sakan dengan bunga lavender dan pokok strawberry.. rugi kalu dah naik tapi tak bergambar kat sini..

cameron lavender
cameron lavender

cameron lavender
cameron lavender

dan sekiranya anda mahu membeli strawberry petik sendiri banyak tempat ada sediakan dengan harga yang berbeza.. tapi saya nasihatkan agar anda datang awal kerana petang banyak tempat yang tutup dan strawberry banyak dah habis.. lagi² time cuti sekolah dan hujung minggu..

strawberry cameron highlands
strawberry cameron highlands

sekiranya anda mahu membeli cenderahati yang banyak untuk rakan dan saudara saya nasihatkan anda mencari di kedai-kedai tepi jalan kerana harganya jauh lebih rendah.. magnet, keychain serendah 1 – RM0.50-RM1 lagi banyak lagi murah dan boleh berunding harga sekiranya anda pandai.. heee..

dan nasihat terakhir bagi mereka yang tak pakar dalam pemanduan agar pulang awal selewat-lewat pukul 5 petang bagi mengelakkan jalan gelap dan berliku sepanjang jalan pulang.. terutamanya yang pulang mengikut jalan tapah.

Selamat Bercuti.. biar lambat asal selamat..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.