Kaedah Semula Jadi Rawat Keracunan Makanan





demam

 

Kaedah Semula Jadi Rawat Keracunan Makanan – Keracunan makanan adalah berpunca dari pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Antara simptom-simptom keracunan makanan yang biasa termasuklah loya, muntah, kekejangan perut dan cirit-birit.

antara kaedah semula jadi rawat keracunan makanan adalah.

Teh – mungkin ramai yang masih belum sedar tentang manfaat yang dibawa oleh teh. Ia merupakan sejenis bahan semula jadi yang sangat berguna untuk mengubati masalah keracunan makanan. caranya adalah dengan membancuh teh untuk rasa yang lebih enak boleh juga ditambah madu , pudina atau daun basil. bukan setakat rasa yang nikmat malah bahan yang terkandung didalamnya juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa sakit sekali gus melindungi perut dari terkena penyakit yang sama.

Halia – Minuman halia yang dicampur dengan madu dan dihidangkan ketika panas sebenarnya berupaya meredakan sakit akibat keracunan makanan ditahap ringan. cara penyediannya mudah sahaja iaitu ambil sesudu madu dan kacau bersama larutan air halia. Dipercayai formula ini berupaya mencegah masalah radang dalam perut sekaligus menghilangkan rasa sakit disebabkan keracunan.

Buah Delima – Buah delima boleh digunakan sebagai agen penyembuhan untuk masalah keracunan makanan di peringkat ringan. selain berguna untuk masalah berkenaan, ia juga boleh digunakan untuk mencegah rasa mual serta muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan. Disamping itu, kulit buah dan kulit pokok delima juga dipercayai mampu dijadikan ubat untuk keracunan makanan.

Gula Merah – Individu yang terkena keracunan makanan mudah sahaja mengalami simptom loya dan muntah-muntah. oleh kerana sering muntah maka madan secara automatiknya akan lemah. gunakan gula merah untuk mengatasinya dengan mencampurkan empat sudu teh gula merah kedalam air suam. kacu dan minum perlahan-lahan. Dikatakan, ia mampu memberi lebih tenaga yang diperlukan.

Yogurt – Yogurt mudah sahaja dikaitkan dengan diet, kesihatan dan sistem pencernaan. Walau bagaimanapun, ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit akibat keracunan makanan. Sekiranya terasa mual atau muntah-muntah disebabkan penyakit tersebut maka bolehlah diambil yogurt. Kandungan mikroorganisma didalamnya dikatakan membantu melawan keracunan makanan sekaligus melegakannya.

Lemon – Buah lemon sering diambil sebagai penyedap makanan. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati individu yang terkena keracunan makanan. Hanya dapatkan tiga ke empat gelas jus lemon bagi menghilangkan rasa keracunan. bagi menambah keberkesanannya maka tambahkan sedikit garam pada jus tadi.

Sumber : MingguanWanita 14-20Feb14

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.