Tips Membuang Kutu di Kepala









kartun doktor
kartun doktor

Tips Membuang Kutu di Kepala – Masalah kutu rambut banyak dikaitkan dengan wanita terutamanya mereka yang mempunyai rambut panjang dan mereka yang tinggal di asrama. kutu mampu membuatkan kita berada dalam keadaan yang tidak selesa dan kurang berkeyakinan ketika bersama dengan masyarakat.

sedikit tips yang dapat dikongsikan bagi mereka yang mempunyai masalah kutu dikepala.

Cuka Putih – Kandungan zat yang terdapat pada cuka putih bermanfaat untuk menghindarkan rambut daripada proses penetasan telur kutu baru. Cuka putih baik digunakan untuk membersihkan kawasan kulit kepala. dengan hanya meratakan cuka putih ke pangkal kulit kepala, biarkan selama 30 minit hingga sejam kemudian bilas dengan air bersih pastinya dapat membuang telur kutu yang ada. Lakukan sekerap mungkin untuk memperoleh kesan lebih cepat.

Kacang Badam – Bukan saja menyihatkan, kandungan nutrisi dalam kacang badam ternyata mampu mengusir kutu rambut daripada kepala. Caranya, sediakan kira-kira 10 biji badam sebelum menumbuknya menjadi halus, rendamkan beberapa minit di dalam air biasa, tambahkan empat sudu perahan lemon dan campurkan kedua-duanya . campuran tadi disapukan ke pangkal rambut dan biarkan beberapa ketika sebelum mencucinya hingga bersih.

Minyak Zaitun – Manfaat minyak zaitun untuk kecantikan memang tidak perlu diragukan lagi. kelebihan minyak yang kaya omega 3 ini boleh digunakan untuk membasmi kutu rambut. Caranya dengan meletakkan minyak zaitun secara rata ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas hingga bersih. Minyak zaitun ini dapat menyebabkan kutu menjadi lemas sehingga mudah tertanggal ketika rambut diramas dalam proses mencuci kelak.

Minyak Kelapa – Selain minyak zaitun, minyak kelapa juga boleh digunakan untuk mengatasi kutu rambut. Caranya sebelum tidur letakkan minyak kelapa secara rata ke rambut dan kulit kepala. Kemudian ditutup dengan shower cap atau plastik. Bilas rambut keesokan paginya. Cara ini mampu membunuh kutu rambut dan juga telurnya jika dilakukan secara rutin selama seminggu. Selain menyingkirkan kutu rambut, minyak kelapa juga sangat baik untuk kesihatan rambut seperti melebat dan menghitamkan rambut anda.

Sikat kutu – Gunakan sikat kutu khas yang bilahnya lebih rapat daripada biasa. Anda boleh menjerat atau mengambil kutu daripada rambut secara mudah. namun sikat ini pastinya tidak mampu menghilangkan kutu secara keseluruhan tapi boleh dijadikan alternatif untuk mengurangkan kutu rambut. .

Sumber : Hmetro 22/2/14

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.