Festival Belia Putrajaya 2014





festival belia putrajaya 2014
festival belia putrajaya 2014

Festival Belia Putrajaya 2014 kali ini menawarkan keseronokan dan kemeriahan berganda, dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan, dilihat dan dialami! Kami mempunyai begitu banyak aktiviti untuk anda, sehinggakan kami terpaksa melakukannya selama 3 hari, pada 23, 24, dan 25 Mei! Kami mempunyai bengkel-bengkel, persembahan secara langsung dari artis-artis kegemaran anda, pawagam terbuka, dan juga acara Peperangan Bantal yang disertai oleh beratus-ratus orang!

Untuk permulaan perasmian Festival Belia Putrajaya 2014 kali ini agak berlainan yang mana festival ini dimulakan dengan Malam Belia Berselawat menjanjikan pengalaman kerohanian yang luar biasa. Menampilkan personaliti dan kumpulan qasidah terkenal dari dalam dan luar Negara termasuk Al Habib Muhammad Al-Saggaf dari Yemen (dari rancangan “Fattabiouni” di TV Al-Hijrah) dan Kumpulan Abu Syaar dari Syria. Jangan lepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai berselawat dan menyatakan perasaan cinta kepada Allah dan Rasul.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti dan program yang disediakan untuk semua lapisan umur terutamanya BELIA. Seperti tahun-tahun yang lepas aku tidak akan melepaskan peluang untuk turut terbabit secara langsung untuk menyertai program belia yang besar ini. Terima kasih kepada boss baru yang sudi untuk meluluskan CTR untuk menyertai program Festival Belia Putrajaya 2014

untuk maklumat lanjut anda boleh layari website rasmi Festival Belia Putrajaya 2014

SELAMAT HARI BELIA 15 Mei 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.