Polis Juga Manusia





logo polis
logo polis

Minggu lepas sibuk dengan festival belia putrajaya 2014 yang berlangsung selama 3 hari di putrajaya yang melibatkan beberapa presint terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada festival belia.

hari terakhir festival belia putrajaya kitaorang terpaksa ke klinik untuk mengambil resit yang telah hilang untuk claim kembali duit sakit peserta program festival. Mudah untuk keluar dari parking dalam kawasan festival tapi agak susah untuk masuk kembali di dalam kawasan event kerana banyak jalan yang telah ditutup. Nasib baik kami mempunyai sticker festival.

Bila dah sampai kawasan larangan untuk memasuki kawasan festival jalan telah ditutup dan aku terpaksa keluar berjumpa abang polis untuk meminta kebenaran masuk ke kawasan festival. Bila sampai je ke abang polis aku terus tegur mereka yang sedang makan..

aku : abg kita orang nak masuk dalam untuk angkat barang.
polis : assalamualaikum..
aku : wa’alaikummussalam.. *sambil tersenyum (tau silap)

aku : abg.. saya ada sticker festival nak masuk ke kawasan event ada barang lagi untuk di ambil..

tetiba datang sorang mamat ni yang keluar dari kereta selepas polis tidak melayan panggilannya dari dalam kereta..

mamat : *baru nak tegur abg polis..
polis : assalamualaikum.. a’a lain kali kalu nak tanya keluar dari kereta bukan jerit dari dalam..
mamat : abg kitaorang nak masuk kawasan festival nak pergi banggunan …. (banggunan kerajaan)
polis : kerja dengan kerajaan ka ?
mamat : kontrak dengan kerajaan…

polis : kitaorang ni bukan kontrak.. kitaorang ni penjawat awam tetap tau.. respect sikit.. (nada menegur)

aku yang duduk situ diam je.. tengok muka abam-abam polis yang keletihan bertugas dan terpaksa melayan karenah orang dari pagi sampai ke malam.. dan apa yang mereka terima adalah kutukan dan makian..

kepada rakan-rakan lain kali kalu nak bertanya jalan atau sebarang tolong la respect orang lain.. kalu jarak 2-5 kaki takpa la.. ni dekat 20 kaki pun dok jerit suruh orang mai kat kita.. kan dah kena kaunseling..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.