Pencuri Besi Penutup Longkang





besi longkang
besi longkang

dah menjadi kebiasaan bila hujung minggu terutama hari ahad mesti ramai yang bangun lewat dan pagi semalam seperti biasa memang bangun lewat untuk breakfast tapi dikejutkan dengan berita kecurian dikawasan perumahan dimana lebih dari 5 buah rumah kehilangan besi penutup longkang.

bukan sahaja kerugian ditanggung oleh tuan rumah bahkan membahayakan sekeluarga bila besi yang menjadi penutup longkang tetiba hilang sehinggakan ada seorang makcik yang terjatuh dalam longkang ketika melangkah keluar dari rumah sendiri pagi tadi.

nasib baik makcik jiran sebelah ini hanya luka kecil. cuba banyangkan sekiranya makcik tadi bawa bayi untuk keluar ataupun ada anak kecil ingin keluar dan terjatuh dalam longkang tersebut ? tidakkah membahayakan ? dan mungkin juga membawa maut.. mujurlah semua selamat..

so kepada semua pemilik rumah yang mempunyai besi penutup longkang ini harus berwaspada atau tukar kepada penutup jenis simen bagi mengelakkan kecurian oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

kalu iya pun dah mula simpan duit untuk raya jangan lah sampai mencuri sehingga membahayakan orang lain. TAK BERKAT duit tuh kasi anak bini makan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.