Konvo Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah





abgferoz

Rezeki adik bila semalam hari konvo beliau jatuh pada waktu kerja shift malam so dapat la pergi tengok dia konvo di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan ini merupakan kali pertamanya aku hadirkan diri untuk konvo.

pelan pertama nak pergi sekali dengan adik dan emak selepas subuh tapi bila ayah pun dapat cuti untuk hadir ke Konvo Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah so kitaorang pergi selepas pukul 10 pagi.. bila dah start baru kitaorang gerak dari rumah.. walaupun tak dapat masuk dewan (hanya sorang wakil dibenarkan masuk) tapi tetap disediakan skrin besar untuk tatapan ahli keluarga yang hadir di luar dewan so takda la kempunan sangat..

adik konvo

pertama kali pergi konvo so taktau nak beli apa untuk budak sorang ni.. tengok ramai gila orang bawa bunga so pergi la beli bunga.. boleh tahan gak harga bunga dijual.. kih kih kih.. tapi takpa laa sekali seumur hidup.. kang orang lain tangkap gambar dengan bunga dia takda bunga kesian pula.. so pergi pilih dengan ayah bunga yang paling sweet dan teddy paling comel.. dapat la yang berkenan di hati.. (ambik bunga ja teddy pulang balek weee..)

bila dah datang terpaksa jadi cameraman untuk adik sepanjang konvo dia dari keluar dari dewan sampailah balik rumah.. bukan kata dia. malah dengan kawan-kawan dia sekali aku terpaksa tangkap.. naseb ramai yang comel-comel.. so takda la berkira sangat.. kalu tidak dah caj sekeping gambar rm10

 

konvo
konvo

habis madu sepah dibuang..itulah topi ibarat sepah habis semua kena buang.. kesiannn.. lepas tu kelang kabut kutip.. berebut topi kah kah kah.. apa-apa pun nak ucap tahniah kepada semua pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang berjaya konvo semoga yang terbaik menanti anda di masa akan datang.. insyallahh..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.