Perkara Yang DiBenci Oleh Lelaki





abgferoz
abgferoz

Setiap dari kita mesti ada perkara yang dibenci dan tidak suka apabila seseorang yang kita suka melakukannya tapi sedarkah mereka bahawa perkara itu adalah perkara yang dibenci oleh kita ? Selalunya kita terbaca tentang perkara yang dibenci oleh teman wanita mahupun isteri tapi kali ini saya kongsikan apa perkara yang paling dibenci oleh lelaki mahupun suami.

Lama Bersiap
– kebanyakan lelaki mempunyai tahap kesabaran yang rendah dan oleh sebab itu mereka gemar sesuatu yang cepat. Menanti pasangan bersiap mahupun berdandan merupakan perkara yang dibenci mereka kerana ia mengambil masa yang CUKUP LAMA sehinggakan hilang mood untuk keluar.

Bergosip
– Bila berada berdua mesti banyak benda yang ingin diceritakan bersama elakkan dari menceritakan keburukan orang lain kepada pasangan anda kerana mereka cukup tidak minat untuk mengetahui hal keburukan orang lain selain menampakkan KEBURUKKAN ANDA itu sendiri.

Mengajar Cara Memandu
– Ketahuilah bahawa kereta merupakan isteri kedua bagi seorang lelaki sebab itu kebanyakan daripada mereka sanggup menghabiskan duit berpuluh-puluh ribu untuk kereta mereka. Mereka merupakan johan dijalanraya oleh itu mereka tidak suka bila cara pemanduan mereka di tegur oleh pasangan mereka walaupun mereka tahu yang mereka memandu dengan laju atau merbahaya. Sekiranya ingin tegur juga pilihlah cara atau nada yang lebih sesuai untuk memujuk :)

Sentiasa Berkepit
– Sudah bergelar pasangan ataupun suami isteri mestilah sentiasa berada bersama tapi sekiranya 24jam sehari 7hari seminggu berkepit atau berkomunikasi adalah perkara yang dibenci oleh lelaki. Lelaki tidak suka dikawal sepenuhnya mereka juga inginkan kebebasan. Berikan mereka sedikit kebebasan atau anda mungkin akan kehilangannya.

rasanya perkara yang dibenci lelaki tak banyak. mereka lebih suka yang simple dan sempoi tidak terlalu complicated. just be yourself

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.