Tersilap Masuk Kilang Baju Dalam Wanita





abgferoz
abgferoz

9 daripada 10 pintu rezeki datangnya daripada perniagaan ataupun perdagangan oleh itu aku mula terbuka hati untuk memulakan perniagaan sendiri dan bermulanya perjalanan aku untuk mencari lubang dan pintu untuk memulakan perniagaan.

perniagaan yang aku maksudkan adalah menjual pakaian. Sebelum memulakan perniagaan aku terpaksa mencari kilang-kilang pakaian yang menjual pakaian borong dengan harga yang murah selain kain berkualiti untuk memuaskan hati pelanggan dan kepuasan berniaga. Nak dipendekkan cerita petang tadi aku pusing-pusing dengan adik aku mencari kilang pakaian di sekitar kawasan rumah dan ternampak signboard Kilang Pakaian **** sdn bhd makanya kitaorang berhenti di hadapan kilang tersebut.

aku pun turun kereta dan mula memasuki kilang pakaian tersebut, bila masuk pintu depan kilang aku ternampak pekerja pekerja kilang sedang menyiapkan pakaian dalam wanita terutamanya coli aku terus pandang sekeliling tapi masih tak nampak jenis pakaian lain lalu aku bertanya kepada seorang lelaki yang bekerja disitu.. adakah disini menjual borong untuk pakaian sukan ?

ternyata aku dah tersilap kilang.. lain yang ku cari lain pula yang jumpa.. heee pekerja-pekerja kat situ senyum ja tengok aku yang muke dah malu-malu alah.. arghhhh.. merah muke.. aku senyum kambing dan bertanyakan sekiranya mereka tahu lokasi kilang pakaian sukan dan terus mengudur diri konon konon tukar topik.. larikkkk

p/s… tersipu malu muke tukar warna pink wooOoOo.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.