Cerita Tentang Bekas Kekasih





abgferoz
abgferoz

Cerita Tentang Bekas Kekasih – kadang-kadang seronok bila kita jumpa kawan yang suka berborak macam kita bukan bergosip tapi bercerita tentang isu semasa, pengalaman mahupun sejarah mereka.. bukan sejarah dunia tapi sejarah kehidupan kawan-kawan.. bukan apa mana tau ada input yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.

sedang seronok dengar kawan cerita sampai la satu part kita menyampuk sedar tak sedar kita sedang berkongsi pula pengalaman dan sejarah kehidupan kita dengan rakan kita. (mula percayakan rakan kita) dari cerita kehidupan sampai la cerita bekas-bekas kekasih kita.. (brape banyak bekas daaa..). Nak dijadikan cerita semalam terpaksa kerja overtime dengan hujan dan boringnya terpaksa jugalah kerja dari pagi sampailah kemalam mencari sesuap nasi gitu kata orang dulu.. Nasib baik ada juga kawan-kawan yang boleh buat borak sepanjang hari kalu tidak mau mati kebosanan duk mengadap kerja..

cerita jadi menarik bila kawan buka cerita pasal bekas kekasih dia bla bla bla.. dengar je sampailah sekarang dia dah kahwin dan bahagia.. aku pun taknak mengalah terbabit sama (taktau macam mana boleh terbabit) ceritalah kisah kisah antara bekas kekasih dari sekolah sampailah yang terakhir.. dia punya cerita bekas kekasih ada juga bertahun tapi kenapa aku punya semua berbulan jaa.. isk isk isk..

yang tak bestnya dia ada juga happy ending dah ada anak pun aku juga takda orang masuk minang (ada ke perempuan masuk minang laki ?) isk isk isk.. dimana la ek bakal calon isteriku ini menyuruk..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.