Gelandangan Tidur di Tengah Jalan





kucing comel
kucing comel

Gelandangan Tidur di Tengah Jalan – Gelandangan merupakan mereka yang tidak mempunyai rumah atau tempat untuk tinggal. Nak dijadikan cerita beberapa hari lepas selepas balik dari berjalan-jalan sekitar KL aku melalui jalan berhampiran jalan duta ketika melalui bawah jambatan aku terlihat seseorang seperti mayat tersandar di tengah divider pemisah 2 jalan raya hanya duduk tersandar tapi sempat aku perasan kakinya sedang bergerak-gerak.

Kesian ada sedih pun ada tapi tak boleh nak bantu apa kerana banyak kereta lalu lalang dan tak boleh stop di sekitar. Lokasi tempat tidurnya memang berbahaya kerana sekiranya ada kereta atau motor tersilap  melanggar divider maka dia adalah orang pertama yang menanggung padah dari kesilapan orang lain.

Apa yang cuba aku sampaikan kat sini adalah pentingnya memiliki tempat tinggal sementara kita masih muda. Kebanyakkan daripada kita lebih gemar bergaya dengan kereta mahal sementara rumah tempat tinggal kita masih berstatuskan SEWA. Adakah kita tahu nasib kita dikemudian hari ? sehingga kita tidak sediakan payung sebelum hujan. Ketahuilah bahawa harga rumah semakin naik manakala harga kereta semakin lama semakin murah.

Yang berkahwin mungkin punya anak untuk membantu tapi tahukah anda sebaik mana anak anda bila dewasa nanti ? bagaimana pula dengan pasangan anak anda. ? adakah kita boleh menumpang mereka bila tua nanti ?

Oleh itu nasihat saya mula untuk menyimpan dan membeli sebuah rumah untuk masa tua anda nanti. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Insyallah..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.