Kemaskini Permohonan Online BR1M 4.0 2015





br1m

Kemaskini Permohonan Online BR1M 4.0 2015 – Permohonan Baru Secara Online dan Kemaskini Permohonan Br1m 4.0 2015 kini boleh dibuat secara online bermula 1 Disember 2014 bagi memastikan permohonan BR1M 2015 anda dapat diproses dengan sempurna. Beberapa maklumat peribadi perlu dikemaskini bagi melancarkan proses pembayaran BR1M 2015.

Permohon BR1M 2015 boleh mengemaskini maklumat bermula pada 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat eBR1M atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015 dan dikembalikan ke mana-mana cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM.

1. Maklumat Pasangan / Tanggungan

2. Alamat terkini permohonan bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat

3. Maklumat akaun bank pemohon.

4. Untuk makluman, penerima BR1M dibawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu, pemohon di bawah kategori ini diminta untuk mengemukakan maklumat waris abagi tujuan pembayaran khairat kematian.

Kegagalan mengemaskini maklumat diatas akan menyebabkan permohonan anda tidak diproses. Sebarang Pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau talian 03-8882 4565 /4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.