Kenali Seseorang Melalui Hati dan Lidah





hati hidup dan hati mati
hati hidup dan hati mati

Bila diukur kebaikan seseorang jangan dinilai pada rupa dan hartanya sebaliknya kebaikan itu perlu diukur pada hati dan lidahnya. Jagalah hati jagalah lidah nescaya anda akan selamat dunia dan akhirat kerana kedua-dua hati dan lidah membentuk siapa anda sebenarnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.

bila melakukan kesalahan terhadap diri dan Allah kita mampu memohon ampun dan bertaubat kepada NYA tapi sekiranya kita melakukan kejahatan dan menghina seseorang maka kita perlu memohon maaf kepada orang tersebut. Selagi orang tersebut tidak memaafkan dosa kita selagi itu kita berdosa. Oleh itu jagalah lidah apabila berbicara agar tidak menyakiti hati orang lain. Orang yang bijak hanya berkata-kata bila perlu dan sebaliknya.

Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Menjaga Hati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.