Misi Mencari Pisang Goreng









pisang
pisang

Misi Mencari Pisang Goreng – beberapa minggu ni selalu sangat makan pisang sampai satu hari tetiba abah pulak mengidam pisang goreng nasib baik tengah cuti so diajak nya aku pusing pusing sekitar rumah untuk mencari pisang goreng.

Bila nak makan time tuh la kedai banyak tutup memang selalu macam tuh kan ? Penat pusing ke beberapa tempat di desa pandan dan kampung pandan tapi masih x jumpa.. nasib kat maluri ada jual goreng pisang. Tengok goreng pisang yang dijual x menarik so test beli rm 2 untuk rasa.. bila rasa alamakkk.. sekali pisang muda pun dia jual.. keras dan tawar.. phuii.. buang ja..

sambung balik pencarian ke pandan jaya dan akhir sekali di chempaka kalu tak jumpa gak balik jela.. dalam 10 minit pusing finally jumpa juga pisang goreng di kedai yang terakhir. macam biasa sebelum nak beli banyak test dulu RM 1 bila makan satu memang sedap dengan lembutnya dan manisnya terus shopping RM 5.

Berjaya juga misi mencari pisang goreng last week kalu tidak kempunan juga la abah aku sorang ni.. hik hik hik..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.