Keputusan Terkini Final Malaysia vs Thailand AFF SUZUKI CUP 2014





Malaysia vs Thailand
Malaysia vs Thailand

Keputusan Terkini Final Malaysia vs Thailand AFF SUZUKI CUP 2014KEMPUNAN itulah yang mampu ku ungkapkan bila tidak dapat menjerit GOL sepuas hati kerana Malaysia tewas 2-0 dengan Thailand di Stadium Rajamangala, Thailand.

Permainan cantik yang ditayangkan oleh kedua-dua belah pihak pada separuh masa pertama berakhir dengan seri 0-0. Permainan mula rancak pada separuh masa kedua dengan asakan bertali arus oleh Thailand yang akhirnya mendatangkan gol apabila salah seorang pemain Thailand dijatuhkan di kawasan penalti membolehkan Thailand mendapat penalti yang dijaringkan oleh Charyl Chappuis minit ke-71.

Thailand semakin rancak menyerang dan menghukum kelalaian pihak pertahanan Malaysia dengan pasing yang menarik dari Chanathip Songkrasin kepada Kroekrit Thawikan seterusnya menghasilkan gol ke 2 Thailand pada minit ke 86.

Malaysia 0 – Thailand 2

Nantikan Final 2 pada 20hb Disember 2014 di Stadium Bukit Jalil.

AYUH BANGKIT HARIMAU MALAYA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.