Musim Hujan Taman Botani Negara Shah Alam





Rumah 4 Musim Taman Botani
Rumah 4 Musim Taman Botani

Musim Hujan Taman Botani Negara Shah Alam – Semalam sempena dengan sambutan hari lahir adik aku kitaorang plan nak pergi tengok musim SALJI di Taman Botani Negara Shah Alam maklum la dah masuk musim katanya so semua pakat beriya-riya nak tengok musim salji.

Dalam kul 1.30 lepas zohor kitaorang bertolak dari Kuala Lumpur ke Shah Alam untuk melihat panorama musim salji di Taman Botani Negara parking agak penuh.. mesti ramai dan seronok musim salji kataku dalam hati.. almaklum la kat Malaysia mana ada salji.. so agak teruja gak la nak tengok.. (macam budak-budak) .

Bila sampai di pintu tiket sedang beratur terbaca pulak notice kat cermin yang mengatakan sekarang peralihan musim so Rumah Iklam Empat Musim ditutup untuk peralihan musim ke musim salji (muke punya kecewa) xtau nak cakap apa untuk kali kedua datang xdapat juga tengok musim salji.. baru nak selfie selfie dengan keluarga.. hujan yg renyai ketika kitaorang tiba menjadi lebat sewaktu nak pulang.

aku : takdapat lagi la kita tengok musim salji
ayah : takpa salji xda kita dapat musim hujan..
aku : heh” hujan pun bole laa..

nasib ada saudara duk kat area shah alam so terus gerak lepak rumah sedara.

NOTICE : Musim Salji HANYA akan bermula pada 20 Disember

pastikan anda datang awal kerana taman botani x buka sampai malam okehh..

Waktu Operasi TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.