Dulu Mak Ayah Selalu Pesan





love

Dulu-dulu, mak ayah kita selalu pesan… kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih sebab nak beli tapi mak ayahnya tak mampu… Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nnti dia terliur…betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.

Tapi kini, tanpa kita sedari, melalui facebook dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 ‘SHARE’…beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar… perah susu banyak2, upload gambar…dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank,… anak2 dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk ‘SHARE’ kegembiraan, kemenangan, dll

tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tak ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..

ada yang tengok gambar result exam anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam…

ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak dan banyak lagi.

Maka :-
“Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka…”
“Sembunyikanlah kekayaan kita kerana mungkin ada yang papa kedana…”
“Sembunyikanlah kesihatan kita kerana mungkin ada yang sedang sakit…”
“Sembunyikanlah kejayaan kita kerana mungkin ada yang merana…”

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.

Yang sudah tu sudah la…

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.