Jumpa duit di bank





tabung
gambar hiasan semata-mata

Jumpa duit di bank – sebenarnya seronok bila dapat membantu seseorang terutama bila mereka senyum dan mengucapkan terima kasih kepada kita terasa sangat sangat besar pengorbanan yang kita lakukan. Bantuan bukan hanya untuk dihargai sebaliknya untuk hati yang bersih dan tenang bila dapat membantu seseorang.

alkisah nak dijadikan cerita bila terlampau rajin nak membantu orang minggu lepas malam sabtu aku pergi bank nak keluarkan duit bila sampai di atm tetiba mesin deposit sebelah atm berbunyi dan tempat masuk duit terbuka dan ada duit didalam. Aku terus bertanya kepada orang sebelah dan menyatakan orang tersebut baru keluar bank so aku ambik duit dari deposit terus keluar mencari gerangan tapi tak nampak pulak gerangan yang diperkatakan yang ada hanya seorang seperti menanti di pintu bank.

bila bertanya beliau tidak menggunakan deposit mesin yang berada disitu. Aku masuk kembali ke bank. nak ditinggalkan tak boleh sebab dah pegang nanti orang lain plak ambik. Tetiba teringat yang nextweek 2 hari kena overtime so memang susah nak pulang ke bank yg ofis hour.

Pagi isnin aku terus ke bank tapi hampa bila tengok bank buka 9.15 pagi heee.. (baru tau) nasib baik ada kawan kerja berhampiran so aku terus drop duit tu kat tempat kerja dia suruh kawan dia kasi kat dia.

tepat jam 9 pagi kawan masuk kerja aku aku call kawan ceritakan hal berikut dan kawan tak boleh tinggal tempat kerja dan suruh kawan dia yang berada disitu pergi ke bank nasib baik dia mahu. Aku call bank untuk ceritakan hal ketemu duit then call kawan suruh hantar ke bank kemudian confirm kembali dengan bank sudah terima atau tidak.

akhirnya bila pihak bank menyatakan terima barulah lega rasa hati ini.. kalu tidak selagi tuh la rasa tak tenteram.

p/s… sebab tuh la aku x suka pegang harta orang or pinjam duit orang boleh buat hati tak tenteram.. biar susah sikit janji hati ada tenang baru semuanya berjalan dengan lancar :)

alhamdulillahh

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.