Maghrib 2 Kali









loveMaghrib 2 Kali – nak dipendekkan cerita semalam tengah tunggu solat maghrib sebelum keluar beli burger untuk makan malam tengah baring tengok tv tetiba hp adik perempuan azan maghrib. Lepas je azan kitaorang terus solat maghrib.

Lepas habis solat maghrib cecepat siap nak keluar almaklumlah perut dah lapar mengidam burger pun ada.. elok kunci pintu nak keluar beli burger tetiba surau berdekatan rumah azan. Aku mula pelik.. bukan kitaorang baru lepas solat maghrib ka.. awat baru azan.. tengok jam baru pukul 7.30 mlm

cisss.. kitaorang tertipu azan hp adik. Rupanya dia play youtube azan untuk anak buah dengar supaya duk diam tak banyak gerak.. alih-alih kitaorang yang tertipu solat maghrib tak tengok jam.. dengar azan terus solat..

nasib tak keluar rumah lagi kalu tidak mesti masih tak sedar yang belum masuk waktu dah solat maghrib..

sebagai pengajaran agar lebih waspada so lepas ni kena alert takut takut aplikasi yang digunakan belum tentu tepat dengan waktu solat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.