Mencari Salah Ketika Banjir Melanda





banjir tengah highway
banjir tengah highway

Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia sepanjang tahun kita dilanda satu per satu musibah yang agak perit untuk ditelan. Walaupun telah lama berlalu tapi MH370 masih dihati dan dinanti.. Walaupun telah pergi MH17 masih diratapi pemergiannya… dan kini sekali lagi negara dikejutkan dengan banjir besar yang melanda pantai timur sehingga beberapa negeri terjejas terukk..

Mungkin sekadar ingatan buat semua yang selalu terlupa dan terpesong sehinggakan diberi musibah demi musibah untuk mengingatkan kita kepada pencipta. Namun sesetengah daripada kita masih lagi angkuh dan alpa tanpa memperdulikan apa yang telah terjadi.

Kita sering mencari salah sesama kita dan saling tuduh menuduh hanya kerana fahaman politik. Kita menghentam, kita memaki, kita menghina dan kita mengeji mereka-mereka yang bukan dari fahaman politik kita. Hanya kerana politik kita terlupa mereka saudara kita, saudara islam.

Dari Abi Hurairah r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.

kita sepatutnya bersatu, bekerjasama dan berjuang bukan untuk politik sebaliknya untuk agama, bangsa dan negara walaupun kita bukan dari fahaman yang sama tapi kita punya niat yang sama. Niat yang ikhlas untuk NEGARA MALAYSIA TERCINTA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.