Rezeki Tak Putus dari Bersedekah





sedekah
sedekah

Rezeki Tak Putus dari Bersedekah – Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.

alhamdulillah satu persatu rezeki yang diterima tahun baru bermula dengan duit blog, BR1M, Bonus, Bonus Tabung Haji dan yang terbaru dibayar 1 entry blog $40 usd. Rezeki tak putus-putus masuk macam tak percaya rezeki bulan ni 2 kali ganda gaji sebulan.

Jangan KEDEKUT
Abu Hurairah r.a berkata : Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.

bukan niat untuk menunjuk atau bangga cuma untuk mengajak rakan-rakan agar lebih bermurah hati dan bersedekah kerana sedekah itu tidak memiskinkan kita sebaliknya rezeki yang bertambah dan hati lebih tenang.. insyallah..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.