Rumah Api Tanjung Tuan Melaka





Rumah Api Tanjung Tuan
Rumah Api Tanjung Tuan

Rumah Api Tanjung Tuan Melaka yang juga dikenali sebagai Rumah Api Cape Rachado merupakan antara rumah api tertua di Malaysia berada di Melaka sempadan Negeri Sembilan. Ini adalah lokasi yang sesuai untuk bercuti dan menenangkan fikiran.

Minggu lepas kerja malam memang malas nak keluar berjalan tapi bila kawan ajak pergi ke Rumah Api Tanjung Tuan Melaka terus setuju walaupun letih kerja malam sebab lokasi yang menarik selain dapat pergi ke tempat kerja lama di port dickson yang hanya bersebelahan dengan rumah api.

Rumah api ini antara lokasi nightwalk yang pernah kitaorang buat kerana jalannya mudah dan tidak menyesatkan. Ketinggian 24 meter tidak menyukarkan untuk didaki dan permandangan yang menarik rugi bagi mereka yang tidak pernah kesini.

pantai cantik port dickson
pantai cantik port dickson

selain daripada melihat permandangan diatas bukit rumah api anda boleh menuruni bukit untuk ke pantai tanjung tuan yang pantainya jernih dan bersih serta permandangan yang indah tidak mungkin anda dapat lupakan.

pantai tanjung tuan sangat bersih dan permandangan yang menarik tidak ramai yang mengetahui kewujudan pantai ini kerana lokasinya yang agak tersembunyi hanya mereka yang naik di rumah api tanjung tuan dan teroka sekeliling yang akan tahu kewujudan lokasi ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.