Tips Memilih Kanta Lekap Berwarna





tips kanta lekap
tips kanta lekap

Tips Memilih Kanta Lekap Berwarna – Hari ini kanta lekap bukan sahaja membantu golongan yang mempunyai masalah penglihatan, malah ia menjadi fesyen terkini yang digilai ramai khususnya golongan wanita.

Pilih Produk Berkualiti – Terdapat pelbagai pilihan jenama kanta lekap berwarna, pilih produk yang diiktiraf dan selamat digunakan. Perkara ini dapat mengelakkan kesan sampingan di kemudian hari. Jangan sesekali membeli kanta lekap tiruan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mata.

Warna Pakaian dan Solekan – Pemilihan kanta lekap berwarna berdasarkan warna pakaian dan solekan. Pilih warna yang bersesuaian atau senada agar sesuai dengan penampilan anda. Jika anda seorang yang berani, rona-rona terang adalah jawapannya. Untuk golongan yang gemar bersolek, pilih warna kanta lekap yang menonjol daripada warna pembayang mata dan maskara yang dipakai. Jika kulit, rambut, solekan dan warna semula jadi mata bertona panas, kanta lekap hangat seperti hazel atau perat amat sesuai digayakan.

Warna Asal Mata – Sekiranya warna mata asal anda perang, pilih kanta lekap berwarna violet, hijau atau biru. Pilihan rona-rona tersebut akan menyerlahkan keaslian pada wajah anda.  Bagi yang mahu mengekalkan kecantikan semua jadi, rona-rona sebegini merupakan pilihan yang tepat.

Rambut dan Kulit – Sekiranya rambut, kulit dan warna semula jadi mata anda mempunyai warna biru merah dan sejuk, kanta lekap berwarna panas seperti perang muda sangat sesuai. bagi golongan yang mempunyai kulit gelap, disarankan menggunakan kanta berwarna terang.

PENTING
– Pastikan kanta lekap berwarna yang anda gunakan tidak tamat tempoh.
– Jangan menggunakan kanta lekap melebihi masa yang ditetapkan.
– Pastikan kanta lekap bersih dan dijaga rapi.

Sumber : MingguanWanita 06-12 Feb 15

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.