Permohonan Rayuan BR1M 2015





Rayuan BR1M 2015
Rayuan BR1M 2015

Permohonan Rayuan BR1M 2015 – Bagi mereka yang layak, BR1M kali ini akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali dan adalah bagi manfaat rakyat yang memerlukan. Sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan Bajet 2015, BR1M akan dibiayai oleh pelaksanaan GST tidak lama lagi dan saya yakin ia akan sedikit-sebanyak membantu penerima meringankan kos sara hidup.

Sebanyak 7.2 juta permohonan BR1M telah diluluskan setakat ini, dan sekiranya anda adalah sebahagian kecil daripada mereka yang permohonan untuk BR1M telah ditolak, anda kini boleh kemukakan permohonan rayuan bermula 1 hingga 31 Mac 2015.

Dapatkan maklumat lanjut serta muat turun borang permohonan di laman eBR1M

Permohonan Rayuan BR1M 2015 boleh dibuat di mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM bermula 1 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015.

Sila muat turun Borang Permohonan Rayuan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.