Sejarah Pasar Seni









Pasar Seni
Pasar Seni

Sejarah Pasar Seni – Pasar Seni asalnya ialah Pasar Besar atau Central Market yang dibina sekitar tahun 1936 yang telah menerapkan ciri-ciri Art Deco. Ia merupakan sebuah Pasar Besar yang menjadi pusat tumpuan perniagaan ikan, daging dan sayur-sayuran serta keperluan harian lain di kalangan pelombong bijih pada akhir kurun ke18, Sejak Central Market dibina pada tahun 1888 hingga 1889, ia sering mengalami pengubahsuaian, terutama memperbesarkan ruang yang menelan belanja berjuta ringgit bagi menampung pernambahan penduduk di sekitar Kuala Lumpur setiap tahun.

Pada 1936, Jurutera Bandar R H Seed telah mengemukakan pelan perancangan bagi memperbesarkan lagi bangunan tersebut. Antara ciri reja bentuk Art Deco dilihat ialah pada binaan gerbang bertangga di pintu masuk dan bentuk petak atau bersegi di permukaan dinding. Ciri Art Deco juga digunakan dalam pemprosesan batu permata seperti belian dan intan. Menjelang tahun 80an Dewan Bandaraya bercadang untuk meruntuhkan bangunan ini. Walau bagaimanapun ia telah dipertahankan oleh Badan Warisan Malaysia. Selama 97 tahun Central Market berfungsi sebagai Pasar Besar, tetapi pada 15 April 1986, ia secara rasminya dikenali dengan nama Pasar Budaya.

Bangunan ini kemudiannya dipulihara dan fungsinya berubah menjadi sebuah Pasar Seni yang menjadi pusat menjual barang-barang kraf dan merupakan salah satu tarikan kepada pelancong luar dan dalam negara.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.