Mengurut Badan di Hutan Lipur Kanching





Air Terjun Hutan Lipur Kanching
Air Terjun Hutan Lipur Kanching

Mengurut Badan di Hutan Lipur Kanching – Minggu lepas berpeluang sekali lagi untuk pergi ke Hutan Lipur Kanching yang merupakan tempat kegemaran aku untuk release tension dan melepak bersama rakan-rakan selain menikmati udara segar dan nyaman jauh dari ibu kota.

Balik dari habis kerja shift malam aku terus gerak ke masjid jamek untuk berkumpul dengan rakan sebelum bertolak ke hutan lipur kanching yang terletak di rawang selepas kolam air panas selayang dan templer park. Tidak ramai yang mengetahui kewujudan hutan lipur kanching kerana kebanyakan dari anda hanya singgah di templer park SAHAJA.

Sekiranya anda tahu pun mesti tak ramai yang pernah mendaki sehingga atas dalam 20-30 minit mendaki yang mana anda berpeluang untuk menikmati permandangan indah ini.

hutan lipur kanching
hutan lipur kanching

Stamina merupakan penyebab mengapa ramai yang masih tak sampai ke air terjun diatas. Air yang jernih sehingga menampakkan ikan berenang disekeliling kita sewaktu sedang bermandi manda. Apa yang best kat sini adalah air terjunnya yang kuat dan sedap untuk mengurut badan dan kepala terasa hilang beban dan masalah bila berdiri dibawah air terjun.

Tak percaya ? Marilah datang :)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.