Royal Floria Putrajaya 2015





Royal Floria Putrajaya 2015
Royal Floria Putrajaya 2015

Royal Floria Putrajaya 2015 – Cuti hujung minggu lepas sempat singgah di Festival Royal Floria Putrajaya yang baru hari pertama dibuka kepada umum. Komputer rosak merupakan salah satu punca kenapa entry ini lambat untuk di update.

Bermula pada 30 Mei 2015 telah berlangsungnya Festival Royal Floria Putrajaya di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya sehingga 7 Jun 2015. Berbeza dari tahun lepas Harga yang dikenakan tahun ini kepada pengunjung dewasa RM 5 berbanding RM3 tahun lepas.

family
family

cuti bertambah menarik apabila diisi bersama keluarga – anak-anak dan cucu kepada En. Othman. Apa yang menarik tentang festival Floria Putrajaya ini terdapat juga pameran-pameran bunga yang dihias dari negara luar termasuk indonesia, korea, jepun dan banyak lagi negara yang mengambil bahagian.

pertandingan orkid
pertandingan orkid

Selain dari pameran terdapat juga pertandingan Orkid diadakan dan ini adalah sebahagian dari calon-calon pemenang orkid hahaha (macam manusia plak calon-calon).. rambang mata juga la tengok orkid-orkid kat sini macam nak culik ja 10-20 orkid letak kat rumah.. hahaha

koleksi orkid

tak rambang mata korang tengok orkid ni ? dah macam tengok awek kat mall dah.. mesti nak culik sorang dua buat jadi bini kan ? macam tu la kitaorang bila nampak orkid ni.. hasilnya 3 orkid berjaya di culik bawa balik..

harga orkid kat sini agak murah berbanding tempat lain. Harga bermula dari RM 6 sehingga RM 200 harga orkid bergantung pada jenis dan saiznya. Sekiranya korang tak mampu nak beli yang besar dah berbunga beli ja yang kecik bela.. tapi jangan lupa tanya cara tanam, siram, baja, penjagaan, dan macam-macam lagi..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.