Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Negeri Johor





suruhanjaya perkhidmatan awam SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam – SPA

Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Negeri Johor – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor di dalam mesyuarat Bil. 4/2015 bertarikh 28 Mei 2015 telah  meluluskan kaedah pengiklanan Permohonan Terbuka Sepanjang Masa bagi dua (2) jawatan berikut :

SIJIL/STPM/STAM/DIPLOMA
– PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29 (TETAP)

SPM
– PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17(TETAP)

Permohonan jawatan adalah  dibuka sepanjang masa. Permohonan hanya diterima melalui Borang SPAJ.01-Online. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak  diperlukan. Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Calon – calon yang berjaya dipanggil temu duga dikehendaki  membawa bersama Borang SPAJ.01-Online yang telah dicetak dengan dilampirkan bersama salinan dokumen – dokumen yang ditetapkan. Kad Pengenalan dan dokumen – dokumen asal yang berkaitan hendaklah di bawa ketika menghadiri sesi temu duga.

PERMOHONAN TERBUKA SEPANJANG MASA
Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhi
dmatan Awam Johor di alamat url
http://spaj.johor.gov.my
. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan SPAJ di talian
07-266 6422/6423.

Mohon secara ONLINE dengan menggunakan Borang SPAJ.01-Online yang boleh diisi dan dicetak di
http://johorcareer.johor.gov.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.