Sotong Goreng Tepung RM 14





sotong dan udang goreng tepung
sotong dan udang goreng tepung – gambar hiasan

Sotong Goreng Tepung RM 14 – Bila mengidam sotong goreng tepung tetiba teringat kisah yang berlaku di gerai makan berhampiran Jeti Kuala Perlis yang mana aku rasa aku tertipu dengan harga yang terpaksa dibayar. Kisahnya sewaktu aku berkursus di Perlis balik dari shopping di langkawi – Kisah Seram Di Bilik Air Sewaktu Berkursus

Nak dijadikan cerita sehari sebelum hari berakhirnya kursus kitaorang diberi kelepasan untuk singgah shopping di Langkawi. Habis shopping dalam kul 3 petang terus naik feri pulang ke Jeti Kuala Perlis, time tu semua dah pakat letih dan lapar maklumlah dah berjalan sakan shopping perut mulalah rasa lapar. Bas pun singgah di gerai makan berhampiran dengan Jeti Kuala Perlis semua pakat turun untuk isi perut masing-masing. Kebanyakan daripada mereka hanya makan laksa dan makanan yang sudah sedia ada.

Bila dah ada tepi jeti tepi laut aku mulalah mengidam sotong goreng tepung so aku order lain dari kekawan. Nasi kosong, Sup daging, Telur goreng dan sotong goreng tepung untuk 1 orang makan dan teh o ais. Bila nak bayar aku kena RM 22-24 (tak ingat) tak fikir panjang aku terus bayar naik bas. Sewaktu menunggu kawan lain habis makan aku kira-kira balik harga rasa pelik plak so aku turun bas dan tanya sendiri harga.

Aku : kak harga sotong goreng tepung sorang makan berapa ?
kak : RM 14

aku : buat muka pelik
kak : sotong tu banyak kan ?

banyak atau tidak itu kau yang letak. Yang aku mintak untuk sorang makan harga kat KL 2-3 kali lagi murah dari harga sotong tepi jeti. aku terus blah sambil menyumpah.

Kesimpulannya lain kali sebelum makan kena tanya harga dulu even tempat tu tepi jeti, tepi laut ataupun gerai tepi jalan sahaja. Pengajaran untuk diri sendiri. KBAI

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.