Shopping di Ikea Cheras





ikea
ikea

Shopping di Ikea Cheras. Antara Ikea terbesar dibuka berada di Jalan Cochrane Taman Maluri Ikea Cheras mempunyai pelbagai jenis barangan perabot rumah untuk dimiliki. Sudah berminggu dibuka untuk kunjungan ramai walaupun hanya 10 – 15 minit dari rumah tapi harini baru ada masa free untuk singgah shopping.

Cuti 4 hari sempena cuti kerja malam, Cuti Maulidur Rasul dan Cuti Christmas banyak plan telah dirancang tapi kebanyakannya tidak menjadi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh itu banyak masa terluang untuk pusing-pusing Kuala Lumpur.

Pagi tadi bawa anak buah bermain di taman tasik titiwangsa sambil cuci mata sempat juga cari calon-calon kot ada untuk dijadikan isteri hahaha. Habis je jalan-jalan terus singgah di medan berhampiran Hospital Kuala Lumpur untuk makan pagi. Plan seterusnya ke Taman Burung berdekatan Balai Polis Bukit Aman tapi bila tiba je di taman burung anak buah dah tidur so nak tak nak tukar planning akhirnya berkesempatan ke Ikea Cheras.

ikea cheras
ikea cheras

antara yang menarik perhatian aku adalah lampu hiasan bilik dan ruang tamu tapi disebabkan ruang yang dah padat dan dah terlebih cahaya dalam rumah maka hanya cuci mata jela tengok barang keperluan yang betul-betul perlu sahaja.

ikea cheras 2
ikea cheras 2

daripada beribu-ribu produk dan perabot yang aku jumpa kat ikea cheras ni ada satu yang aku berkenan tapi bukan perabot sebaliknya pokok orkid. Pokok Orkid pun ada kat Ikea Cheras. Terkejut nyah tauu. Sejak semenjak ni makin seronok plak kumpul orkid macam-macam warna dah ada dalam koleksi orkid.

ikea cheras 3
ikea cheras 3

dah macam masuk gudang perabot pulak penuh kiri kanan stok untuk satu kawasan rambang mata sat tengok perabot macam-macam ada tapi kebanyakannya tidak diperlukan lagi waktu ini. Punya banyak barang orkid dengan lilin wangi ja yang aku beli hahaha.. saja cuci mata.. x baik membazir hanya beli barang yang diperlukan sahaja :) lain kali baru shopping eh ikea cheras.

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.