Kedai Nasi Ayam dan ABC Kampung Pandan





Kedai Isa Nasi Ayam Kampung Pandan
Kedai Isa Nasi Ayam Kampung Pandan

Kedai Nasi Ayam dan ABC Kampung Pandan. Isa Nasi Ayam merupakan antara lokasi Nasi Ayam kegemaran bagi mereka yang tinggal mahupun bekerja di sekitar Kampung Pandan. Terletak di Pusat Penjaja Jalan Thaver, Kampung Pandan Isa Nasi Ayam sentiasa dikerumuni ramai terutamanya pada waktu petang.

Isa Nasi Ayam Kampung Pandan dibuka pada setiap hari kecuali SELASA dan hanya dibuka pada pukul 12 tengahari sehingga 7 malam bergantung pada nasi ayam yang tinggal selalunya sebelum pukul 7 malam dah habis nasi ayam. Mereka yang datang last minute hanya dapat tengok jela orang makan.

Terletak berhampiran jalan utama kampung pandan dan berdekatan Klinik Kesihatan Kampung Pandan memudahkan ramai orang untuk mencari lokasi kedai ini.

Nasi Ayam dan Abc
Nasi Ayam dan Abc

Nasi Ayam atau Nasi Goreng Ayam ? aku lebih suka Nasi Ayam dan selalunya Nasi Ayam habis dahulu. Bila dah kena nasi ayam rasa tak lengkap sekiranya tiada ABC sebagai pencuci mulut. Kedai ABC hanya bersebelahan kedai Nasi AYAM korang boleh order sekali harga Nasi Ayam RM 5 dan ABC hanya RM 2 murah bukan ? itulah yang menyebabkan ramai orang berkunjung di kedai ini.

Sesiapa yang masih belum pernah datang Kedai Nasi Ayam Isa rasanya dah boleh cuba singgah rasa dahulu. Setakat ini rasanya disini antara lokasi Nasi Ayam terbaik siap ada pencuci mulut ABC.

Disebelah belakang kedai ini juga ada Mee Bandung sedap sesiapa peminat mee bandung boleh cuba memang terbaik wa cakap lu hingga menjilat pinggan dan sebelum sampai di kedai ini juga ada satu kedai Yong Tau Fu yang turut terkenal di sekitar kampung pandan.

jiwa rosak

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.