Mamat Vape yang Biadap









Vape
Vape

Mamat Vape yang Biadap. Minggu lepas cuti hujung minggu keluar dengan keluar makan nasi ayam sekitar kampung pandan. Kedai makan nasi ayam ni memang lokasi tetap kitaorang bila mengidam nasi ayam lagi-lagi bila kedai sebelahnya menjual ABC yang sedap.

sampai kedai ja tokey dah senyum biasa la pelanggan tetap dah mai. Sampai-sampai terus order makanan duduk dekat dengan kipas almaklum lah sekarang musim panas. Ramai juga pelanggan yang tengah makan kedai nasi ayam ni tapi takda la tunggu lama mana 5 minit ja makanan dah sampai services laju tu yang aku suka makan kat sini ramai macam mana pun services dia laju tip top.

sampai ja makanan terus baca doa. elok nak suap ja bau semacam tengok kiri kanan rupanya ada MAMAT KAYU duk hisap vape duduk bawah kipas. Tengok sekali lagi rupanya si bebal ni hembus asap vape ke arah kipas bayangkan orang yang makan kiri kanan MAMAT KAYU ni termasuklah 2 orang budak kecik yang datang bersama keluarganya.

Disebabkan malas nak bergaduh sebab datang dengan family so kitaorang makan cepat-cepat malas nak tunggu lama makin lama makin menyirap plak tengok muka mamat ni.. nasib baik tengah makan tu mamat tu belah so mood makan tu kembali.

Nak VAPE tu tak salah tapi tengoklah keadaan sekeliling ni tempat orang nak makan dengan kiri kanan kau penuh sekeluarga duk makan dengan budak kecik lagi kau boleh selamber hembus asap ke kipas aku rasa mungkin otak kau tak berhubung sejak kecik.

sebelum tambah emosi typing better aku stop sampai sini. kbai

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.