Vape Meletup Dalam Mulut





Vape Meletup Dalam Mulut. Cologne : Seorang lelaki cedera parah di muka dan hilang beberapa batang gigi selepas rokok elektrik atau vape meletup di dalam mulut ketika dia menghisapnya. Menurut laporan polis, kejadian berlaku di sebuah kedai vape minggu lalu apabila bateri rokok berkenaan meletup ketika mangsa menghisap rokok itu.

Vape
Vape

Ia kejadian terbaru membabitkan rokok elektrik atau vape. Sebelum ini, di Salford, Manchester, seorang ibu dua anak nyaris buta apabila rokok elektriknya meletup depan mukanya.

Kelopak matanya cedera teruk apabila rokok berkenaan meletup ketika dia memasang baterinya. – Agensi

Sumber : MetroAhad 31 Jan 16

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.