Angiogram 3 Hari di Institut Jantung Negara IJN





Angiogram 3 Hari di Institut Jantung Negara IJN. Beberapa hari lepas sibuk dengan ayah yang masuk wad untuk buat angiogram di Institut Jantung Negara. 3 hari berada di IJN sebelum dibenarkan pulang kerumah dan akan kembali untuk perkara yang sama 2 minggu lagi. Puncanya adalah saluran darah tersumbat disebabkan oleh merokok.

Apa itu Angiogram ? Angiogram koronari ialah x-ray arteri jantung untuk melihat sama ada ia sempit atau tersumbat. Ia merupakan ujian penyiasatan yang penting apabila doktor mengesyaki anda mengidap penyakit jantung. Ujian ini melibatkan satu tiub (kateter) yang panjang dan kecil dimasukkan ke dalam arteri dipangkal peha atau lengan dengan menggunakan pembiusan setempat. Oleh sebab tiub ini dikenali dengan kateter, prosedur ini sering dirujuk sebagai “pengkateteran jantung”

Institut Jantung Negara IJN
Institut Jantung Negara IJN

Tiub ini digerakkan di dalam arteri tersebut sehingga ia sampai ke jantung. Bahan pewarna khas (dye) akan disuntik ke dalam arteri koronari (jantung) dan gambar x-ray diambil. Gambar x-ray ini akan memberikan maklumat terperinci mengenai keadaan jantung dan arteri koronari.

Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga ataupun mereka yang tersayang sila nasihatkan mereka untuk berhenti merokok. Tapi bukan secara mendadak sebalik secara sedikit demi sedikit bukan hanya untuk mereka tapi untuk kebahagian anda bersama.

p/s.. memang susah nak nasihat perokok untuk berhenti merokok.. heee..

2 minggu lagi akan kembali ke IJN harap² semuanya berjalan dengan lancar.. doakan semuanya selamat k

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.