Kekal Cantik dengan Tomato





Kekal cantik dengan tomato. Kini terdapat pelbagai jenis produk kesihatan di pasaran yang menjanjikan kecantikan kepada wajah tapi tidak semua produk kecantikan tersebut mampu menjanjikan hasil yang memuaskan. Ada juga diantara produk kecantikan tersebut bukan sahaja tidak selamat malah ada yang mengandungi bahan kimia yang beracun berbahaya untuk pengguna.

Tomato merupakan antara makanan yang bermanfaat besar untuk kesihatan dan kulit selain proses merawat boleh dilakukan di rumah dalam keadaan selesa dan tidak perlu berbelanja besar untuk pergi ke spa atau mana-mana butik kecantikan.

tomatoBagi mereka yang berminat dengan rawatan secara semula jadi yang murah, mudah dan berkesan, berikut disenaraikan kebaikan tomato dan cara menggunakannya untuk menjaga kecantikan kulit.

1. Dimakan begitu saja untuk mendapatkan nutrisinya dan kandungan air yang tinggi bagi me­lembapkan kulit dan sarat dengan mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B kompleks, tiamin, folat dan niacin. Bukan saja baik untuk kulit tetapi menjaga kesihatan mata.

2.Kandungan antioksidan seperti lycopene dan zea-xanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas.

3. Bersifat antikanser dan mengelak reaksi kerosakan akibat pemakanan harian dan pendedahan kepada elemen alam sekitar sehingga merosakkan kesihatan dan menjejaskan penampilan.

4. Ia mampu memulihkan sel dan membina otot memandangkan tomato mempunyai kandungan protein.

5. Merawat liang roma terbuka dengan cara mencampurkan empat sudu jus tomato dengan satu sudu air, sebelum disapu ke seluruh muka menggunakan bola kapas. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci.

6. Menyerikan wajah dengan cara menggosok potongan tomato pada kulit sehingga jus menyerap ke dalam kulit. Ia juga boleh membantu meratakan warna kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat.

7. Biji tomato mempunyai khasiat yang mampu merawat pelbagai masalah kulit. Ia boleh membantu melawan masalah penuaan pramatang dengan cara menyapu tomato kisar ke wajah sebelum tidur dan hanya basuh keesokan ­paginya.

8. Merawat jerawat dan ruam panas. Belah tomato dan sapukan pada wajah ataupun sapukan isi tomato pada wajah dan biarkan kira-kira satu jam. Sapu secara konsisten mampu memberi kesan ketara.

9. Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah. Sebum terlalu banyak boleh menyumbat liang roma, seterusnya menyebabkan jerawat dan parut pada wajah. Tomato membantu mengu­rangkan masalah minyak berlebihan seterusnya kulit lebih licin dan bersih.

10.Tomato bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi, sekali gus membantu memberikan wajah lebih muda kepada mereka yang rajin mengamalkannya.

11. Ia juga mengandu­ngi lapisan minyak semula jadi yang boleh digunakan sebagai penyegar semula jadi selepas kulit dicuci bersih.

12.Pengambilan tomato setiap hari mampu melawan kerosakan sel pada tahap selular, seterusnya membantu kulit kelihatan lebih anjal dan kurang garis halus.

13. Menyapu tomato pada kulit membantu mencerahkannya secara semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.

14. Kulit lebih lembut dan bermaya. Cam­puran jus tomato dan madu me­lembapkan kulit dan menjadikannya lebih berseri.

15. Jus tomato juga boleh disapu dan digosok menggunakan tangan dengan cara membulat. Ia dapat menyingkirkan sel kulit mati, seterusnya kulit menjadi lebih gebu dan cerah.

Sumber : HarianMetro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.