Lawak Kisah Anak Murid Bernama Pelangi









Lawak Kisah Anak Murid Bernama Pelangi. Sebelum memberi pelajaran, cikgu baru ingin berkenalan dengan murid2nya. Cikgu: “Cuba kamu yang di hadapan, apa nama dan apa hobi kamu?”

Murid #1: “Nama saya Wahyu, hobi memancing di sungai sambil lihat pelangi, cikgu!”

Guru: “Cuba yang duduk di sebelahnya?”
Murid #2: “Nama saya Marwan, hobi makan ubi rebus di pinggir sungai sambil lihat pelangi, cikgu”

Guru: “Ooo sama, kalian bersahabat ya? Cuba yang duduk kat belakang tu..?”
Murid #3: “Nama saya Abu, hobi bersembang di pinggir sungai sambil lihat pelangi, cikgu….!”

Guru: “Wah … sama juga? Rupanya korang satu geng lah ya? Cuba yang hansem di sudut sana?”
Murid #4: “Nama saya Adi, hobi makan cendol di pinggir sungai sambil lihat pelangi. Cikgu…..!”

Guru: “Ya hobi kamu semuanya sama ya, Cuba yang cantik manis di bangku tengah tu, apa nama dan hobi kamu?”

Murid #5: “Nama saya Pelangi, hobi mandi di sungai. Cikgu…!”

Guru:   “Oooo… Patut lerr….!!!”
kartun seksi

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.