Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)





Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Keadaan ekonomi yang tidak stabil dengan harga rumah dipasaran yang semakin meningkat membuatkan ramai dikalangan rakyat yang tidak mampu untuk membeli rumah. Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah salah satu alternatif yang telah disediakan bagi mereka yang belum mempunyai rumah untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 hingga 65 tahun*.
3. Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
4. Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
7. Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Menerusi produk Rumah Mesra Rakyat, golongan berpendapatan rendah dan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan boleh memiliki rumah sendiri dengan syarat mesti mempunyai sebidang tanah milik sendiri.

Harga Rumah Mesra Rakyat adalah RM 65,000 dengan subsidi kerajaan sebanyak RM 20,000.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Pejabat Wakil Rakyat.

Carta Alir Proses Permohonan RMR1M Online

Cara Memohon RMR1M

Cara Permohonan RMR1MBagi yang berminat anda boleh lihat CARA Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) atau layari website SPNB untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.